Setelah sekian lama mengharungi cuaca panas lembab di Malaysia.. kini kami sekeluarga berada di bumi Birmingham, United Kingdom untuk menikmati cuaca yang sejuk melampau mencecah -8 .. setiap hari salji turun... bayangkanlah keadaan dua iklim benua yang jauh berbeza.. awal-awal tu rasa nak demam pun ada.. sakit tekak dekat seminggu.. kini semua dah boleh menyesuaikan keadaan ... alhamdulillah...
Tahun baru 2010 ni nampaknya Iklim sejuk melampau bermula awal.. rutin harian juga berubah.. Contohnya, jadual persekolahan anak-anak yang bermula pukul 10.00 pagi untuk mengurangkan kemalangan... aktiviti outdo0r amat terbatas... akhirnya teringat balik .. alangkah indahnya panas macam kat Malaysia..
Monday, 11 January 2010
Alam Sari, Bangi
.jpg)

My Home Town



Kesempatan menjengok kampong halaman di Sg Nibong, Sekinchan Selangor... Tempat jatuh lagikan dikenang... sempena Eid Mubarak 2009 kami sekeluarga berpeluang menziarahi kampong halaman... tempat bersawah, tangkap ikan, membaja padi, memukul dan sebagainya.. ziarah kubur ibubapa...rasa sayu, sedih, haru dan sebagainya... segalanya terasa masa begitu pantas berlalu... Umur ini dirasakan terlalu singkat.. dulu masih kanak-kanak bebas bermain lumpur, memancing dan sebagainya.. kini dah jadi bapa.. itulah fasa-fasa dalam kehidupan ..OOOoo... banyaknya kenangan...
Monday, 12 January 2009
Tour Scotland
Sempena cuti sekolah Krismas dan New Year 2009, kami sekeluarga bercuti ke Scotland. Percutian yang tak dirancang....nak temankan kawan dari Malaysia.. yang menetap di Manchester dan Lampeter akhirnya kami tiga keluarga menjejaki Edinburgh, Glasgow, St Andrew dan Loch Ness di Scotland.. kagum dengan keindahan panorama disepanjang perjalanan... mitos dinasour terus menyelubungi benak pemikiran.... akhirnya persoalan mitos itu kekal tanpa sebarang jawapan yang pasti...
Thursday, 16 October 2008
Ramadhan & Eid Mubarak 08'
Sambutan Ramadhan dan Eid Mubarak di Birm UK.... Pengalaman yang menyeronokkan dan akan menjadi kenangan sepanjang hayat.. bermula dengan puasa di awal musim sejuk yang lebih singkat berbanding di Malaysia... ramadhan di hangatkan dengan program tadarrus, iftar, solat tarawikh dan qiam pada 10 malam terakhir ramadhan... Eid Mubarak disambut pada hari yang berlainan, Solat dan khutbah Eid dalam beberapa sesi mengikut bahasa khatib iaitu dalam Arab, English dan Urdu... Disebabkan Eid disambut sehari lebih awal dari jangkaan... kebanyakan pelajar postgrade tidak menyediakan juadah pada hari raya pertama.. anak2 pun tak mohon cuti awal.. hari kedua mereka mula bersekolah seperti biasa..
Pada hari raya ke-4 kami mengadakan 'open house' yang pertama di UK.. Isteri cuti sehari menyediakan juadah... semangat betul.. kebetulan tiada rakan lain buat pada masa dan hari yang sama... meriah sangat -+ 200 tetamu... isteri tak cukup tangan nak layan tetamu dan menambah juadah... kemeriahan berlanjutan dengan kunjungan tetamu dari Swansea dan Lampeter yang singgah menginap ... alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar... sambutan Eid berterusan sepanjang syawal dengan meriah sekali... khususnya pada hujung minggu.... kalah Malaysia.. cuba bayangkan di Birmingham ada lebih 80 keluarga melayu muslim... tapi cabaran menanti tahun depan Ramadhan di sambut pada musim panas... ramai rakan2 yang bertanya tentang rukhsah puasa.. ada yang nak balik berpuasa di Malaysia.. Namun kita mengharap madrasah ramadhan akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam meniti cabaran hari-hari yang mendatang... Taqabbala Allah Minna Wa Minkum sairi al-A'maal.... amin
Sunday, 14 September 2008
Tour Swansea
Ziarah Ust. Muhaimin seorang pelajar PhD sains politik di Lampeter University.. Bandar pelabuhan Swansea bandar ni kecil je.. tetapi disebabkan kedudukannya yang strategik dan cantik maka ia merupakan destinasi pelancungan yang mesti dikunjungi di Wales... Rugbi adalah sukan yang paling popular di Wales berbanding sukan lain... sempat berkenalan dengan pasangan Melayu Singapura yang berkahwin campur dengan wanita Perancis.. sayangnya masing-masing kekal dengan berlainan agama... turut menghairankan terdapat pelajar wanita dan lelaki yang berkongsi apartment... mungkin inilah kejutan budaya pelajar Islam di UK..
Tour Cardiff
Subscribe to:
Posts (Atom)