Monday 11 January 2010

Salam Birmingham


Setelah sekian lama mengharungi cuaca panas lembab di Malaysia.. kini kami sekeluarga berada di bumi Birmingham, United Kingdom untuk menikmati cuaca yang sejuk melampau mencecah -8 .. setiap hari salji turun... bayangkanlah keadaan dua iklim benua yang jauh berbeza.. awal-awal tu rasa nak demam pun ada.. sakit tekak dekat seminggu.. kini semua dah boleh menyesuaikan keadaan ... alhamdulillah... Tahun baru 2010 ni nampaknya Iklim sejuk melampau bermula awal.. rutin harian juga berubah.. Contohnya, jadual persekolahan anak-anak yang bermula pukul 10.00 pagi untuk mengurangkan kemalangan... aktiviti outdo0r amat terbatas... akhirnya teringat balik .. alangkah indahnya panas macam kat Malaysia..

Alam Sari, Bangi


Proses kajian lapangan selama 10 bulan memberi kesempatan untuk mencari rumah kediaman baru di Bangi... seronok dengan suasana, rakan-rakan, persekitaran dunia akademia dan kemudahan yang terdapat di Bangi menjadi faktor utama pemilihan projek perumahan I&P Alam Sari.. Ianya turut dikuatkan lagi dengan keinginan Isteri yg bekerja di Putrajaya untuk memiliki rumah kediaman yang berhampiran dengan pejabat...

My Home Town







Kesempatan menjengok kampong halaman di Sg Nibong, Sekinchan Selangor... Tempat jatuh lagikan dikenang... sempena Eid Mubarak 2009 kami sekeluarga berpeluang menziarahi kampong halaman... tempat bersawah, tangkap ikan, membaja padi, memukul dan sebagainya.. ziarah kubur ibubapa...rasa sayu, sedih, haru dan sebagainya... segalanya terasa masa begitu pantas berlalu... Umur ini dirasakan terlalu singkat.. dulu masih kanak-kanak bebas bermain lumpur, memancing dan sebagainya.. kini dah jadi bapa.. itulah fasa-fasa dalam kehidupan ..OOOoo... banyaknya kenangan...