Sunday 14 September 2008

Tour Swansea




Ziarah Ust. Muhaimin seorang pelajar PhD sains politik di Lampeter University.. Bandar pelabuhan Swansea bandar ni kecil je.. tetapi disebabkan kedudukannya yang strategik dan cantik maka ia merupakan destinasi pelancungan yang mesti dikunjungi di Wales... Rugbi adalah sukan yang paling popular di Wales berbanding sukan lain... sempat berkenalan dengan pasangan Melayu Singapura yang berkahwin campur dengan wanita Perancis.. sayangnya masing-masing kekal dengan berlainan agama... turut menghairankan terdapat pelajar wanita dan lelaki yang berkongsi apartment... mungkin inilah kejutan budaya pelajar Islam di UK..

Tour Cardiff





Cardiff adalah ibu negara dan bandar pelabuhan utama Wales yang terletak di selatan England. Bandar pinggir pantai ini memang sudah terkenal dan memiliki sejarah yang tersendiri sebagai bandar persinggahan kelasi dari Asia termasuk Malaysia.. Sempat menjamu selera di restoran Kurdish .. memang sedap... dah lapar sangat... Ziarah akh Azim sekeluarga dan dia bawa tour Cardiff Harbour... lawa betul

Ziarah Lampeter


Ziarah ke Lampeter untuk menemui beberapa ikhwah lama yang sama-sama belajar di Cairo dulu.. Ust. Tarmizi, Ust Khairuddin dan ust. Halim Naam... mereka adalah calon Phd di Lampeter University dalam bidang Islamic Study/Theology... cantik Wales ni.. dikelilingi padang ragut kambing yang menghijau... pekan kecil ini menyebabkan 14 keluarga Malaysia yang menetap disini sungguh rapat dan saling kenal-mengenali antara satu sama lain... makanan halal susah sikit nak dapat kena pergi sampai Swansea atau Cardiff baru jumpa..sempat juga jalan-jalan ke Carboot dan pantai Wales kutip kerang... lain pulak kerang kat sini... putih, bersih dan boleh didapati bahagian atas tepi pantai bila air surut....

Friday 12 September 2008

Tour Brussels- Belgium


Brussels-Paris mengambil masa 2 Jam perjalanan menggunakan kereta adalah bandar yang tenang, bersih dan cantik berbanding Paris... Masyarakatnya yang lebih tertib, mesra dan amat menghormati warga asing... antara tempat menarik yang dilawati mini europe dan Atomium... sempat rasa kebab Arab di City Center...

Thursday 11 September 2008

Le Tour De Paris





Percutian musim panas di Paris ini sempena musim cuti sekolah anak2 di UK (Julai-Sept).. banyak pengalaman dan kenangan untuk lebih memahami Bangsa yang menjajah bebarapa negara Islam... Paris Ibu Negara Nepoleon ini agak sesak dan masyarakatnya kurang sabar, stress, sesak, kotor dan kurang mesra berbanding bandar-bandar di UK... Lanskap bangunan dan struktur sistem pengangkutan mengingatkan saya dengan Cairo... mungkin kesan negara yang dijajah... Eiflfel Tower sebagai mercu tanda bandar Paris tu tak de la lawa sangat.. indah khabar dari rupa... sempat juga tengok taman keriangan Disneyland-Paris... anak2 memang seronok sangat.. kita biasa je.. tumpang seronok la jugak...

Research Indonesia






Penyelidikan : Sistem pendidikan Islam Malaysia dan Indonesia suatu kajian perbandingan... penyelidik adalah pelajar yang sedang mengikuti pengajian PhD di UKM di bawah seliaan Dr. Halim.. lawatan ini berlangsung selama 10 hari dari Jakarta hingga ke Surabaya... dapatan awal menunjukkan setiap negara memiliki latar belakang sejarah dan kekuatan sistem pendidikan Islam yang tersendiri yang boleh dimanfaat ...

Rehlah Cairo

Cuti Sabatikal
Program pengajian ini adalah tajaan Kedutaan Mesir dengan & KPT Malaysia dengan Kulliah Adab, Cairo University pada 19 sept 03 hingga 19-Jun 2004... Mula-mula datang bujang selepas tu isteri dan anak-anak datang menyusul pada bulan Ramadhan.. Menyambut aidilfitri sekeluarga di Mesir bumi anbia'...

Tour Brisbane














Program 'fellowship' di Griffith University-Brisbane

Program selama sebulan ini memberi peluang untuk memahami sistem kendalian mutu makanan di negara Kanggaro ini... Brisbane adalah bandar yang cantik, tenang dan mesra warga asing... kami sempat melawat pengendalian makanan di kilang butter, kacang, wain, seafood dan sebagainya... memang best.. honeymoon selepas 10 tahun kawin.. kesian anak2 tinggal dengan Tok wan di kampung...

Tour Sydney




'Fellowship' WHO-Sydney

Lawatan percutian ini dimanfaat sepenuhnya untuk memahami budaya dan carahidup masyarakat barat di kota metropolitan ini.. awalnya risau juga dengan sentimen 'anti Asian' tapi lama-lama ok je... ramai juga masyarakat Islam kat Syedney ni... khususnya orang-orang Arab Egypt, Tunis dan sebagainya...kebab Turkeypun senang nak dapat... Sydney Opera, Sydney Bridge, Sydney Aquarium dan lain-lain tempat yang menarik...

Wednesday 10 September 2008

Ziarah Cambridge



Ziarah ust. Solehan baru datang dari Malaysia menemani isteri cuti sabatikal di Cambridge University selama 6 bulan... kami datang dua keluarga dari Birmingham.. Kebetulan salji turun lebat sangat.. jadi tak boleh pergi mana2.. ajak anak2 main salji lah.. best jugak macam nak buat
ABC je...

Tour Liverpool





Tour Liverpool ni nak cuba kereta WV Passat 1.8 yang baru dibeli... Dalam perjalanan tu sempat singgah di Ceshire Oak layan isteri n anak-anak 'window shooping' ... tempatnya cantik dan canggih.. meneruskan perjalanan ke Liverpool melalui 'underwater Tunnel'.. lunch kat garden sejuk sangat... tapi dah lapar belasah je.. kebetulan masa tu ada 'culture festival' best jugak... anak2 nak sangat naik bas (city tour).. bas tu dua tingkat bhg atas takde bumbung ... tapi tak sempat dah lewat... cakap kat anak2.. tak semua yg kita nak kita boleh dapat...

Tour Manchester


Layan anak-anak nak jumpa Cristino Ronaldo kat Old Trafford...

Tour London



Lawatan ke London singgah di Biester Village untuk window shooping dan Malaysia Hall ...