Thursday 16 October 2008

Ramadhan & Eid Mubarak 08'












Sambutan Ramadhan dan Eid Mubarak di Birm UK.... Pengalaman yang menyeronokkan dan akan menjadi kenangan sepanjang hayat.. bermula dengan puasa di awal musim sejuk yang lebih singkat berbanding di Malaysia... ramadhan di hangatkan dengan program tadarrus, iftar, solat tarawikh dan qiam pada 10 malam terakhir ramadhan... Eid Mubarak disambut pada hari yang berlainan, Solat dan khutbah Eid dalam beberapa sesi mengikut bahasa khatib iaitu dalam Arab, English dan Urdu... Disebabkan Eid disambut sehari lebih awal dari jangkaan... kebanyakan pelajar postgrade tidak menyediakan juadah pada hari raya pertama.. anak2 pun tak mohon cuti awal.. hari kedua mereka mula bersekolah seperti biasa..

Pada hari raya ke-4 kami mengadakan 'open house' yang pertama di UK.. Isteri cuti sehari menyediakan juadah... semangat betul.. kebetulan tiada rakan lain buat pada masa dan hari yang sama... meriah sangat -+ 200 tetamu... isteri tak cukup tangan nak layan tetamu dan menambah juadah... kemeriahan berlanjutan dengan kunjungan tetamu dari Swansea dan Lampeter yang singgah menginap ... alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar... sambutan Eid berterusan sepanjang syawal dengan meriah sekali... khususnya pada hujung minggu.... kalah Malaysia.. cuba bayangkan di Birmingham ada lebih 80 keluarga melayu muslim... tapi cabaran menanti tahun depan Ramadhan di sambut pada musim panas... ramai rakan2 yang bertanya tentang rukhsah puasa.. ada yang nak balik berpuasa di Malaysia.. Namun kita mengharap madrasah ramadhan akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam meniti cabaran hari-hari yang mendatang... Taqabbala Allah Minna Wa Minkum sairi al-A'maal.... amin