Sunday 14 September 2008

Tour Swansea




Ziarah Ust. Muhaimin seorang pelajar PhD sains politik di Lampeter University.. Bandar pelabuhan Swansea bandar ni kecil je.. tetapi disebabkan kedudukannya yang strategik dan cantik maka ia merupakan destinasi pelancungan yang mesti dikunjungi di Wales... Rugbi adalah sukan yang paling popular di Wales berbanding sukan lain... sempat berkenalan dengan pasangan Melayu Singapura yang berkahwin campur dengan wanita Perancis.. sayangnya masing-masing kekal dengan berlainan agama... turut menghairankan terdapat pelajar wanita dan lelaki yang berkongsi apartment... mungkin inilah kejutan budaya pelajar Islam di UK..

Tour Cardiff





Cardiff adalah ibu negara dan bandar pelabuhan utama Wales yang terletak di selatan England. Bandar pinggir pantai ini memang sudah terkenal dan memiliki sejarah yang tersendiri sebagai bandar persinggahan kelasi dari Asia termasuk Malaysia.. Sempat menjamu selera di restoran Kurdish .. memang sedap... dah lapar sangat... Ziarah akh Azim sekeluarga dan dia bawa tour Cardiff Harbour... lawa betul

Ziarah Lampeter


Ziarah ke Lampeter untuk menemui beberapa ikhwah lama yang sama-sama belajar di Cairo dulu.. Ust. Tarmizi, Ust Khairuddin dan ust. Halim Naam... mereka adalah calon Phd di Lampeter University dalam bidang Islamic Study/Theology... cantik Wales ni.. dikelilingi padang ragut kambing yang menghijau... pekan kecil ini menyebabkan 14 keluarga Malaysia yang menetap disini sungguh rapat dan saling kenal-mengenali antara satu sama lain... makanan halal susah sikit nak dapat kena pergi sampai Swansea atau Cardiff baru jumpa..sempat juga jalan-jalan ke Carboot dan pantai Wales kutip kerang... lain pulak kerang kat sini... putih, bersih dan boleh didapati bahagian atas tepi pantai bila air surut....